
Pejam celik, pejam celik, dah dua tahun aku meninggalkan zonku yang selesa.
Selesa yang aku maksudkan ialah kehidupan aku yang lembap, kurang cabaran dan kurang bergaul.
Aku tak nafikan, there are moments that I miss about living in my past bubble. Eating outside, shopping spree, travel free and flexible!
Sekarang, aku dah tak dapat insentif-insentif yang best macam tu. Nak makan sedap-sedap, mahal-mahal semua kena keluarkan duit daripada poket sendiri.
Tambahan pula, aku dah ada komitmen terbaharu; kereta.
Bulan Disember ni aku kena renew insurance. Aku tengok laman web Etiqa sebab abang ipar aku suggest beli direct dari situ instead of from an agent.
Aku ingatkan kos insuran kereta ini tak lebih daripada seribu.
Rupa-rupanya, seribu lebih kak!
Aku cakap dekat abang aku yang aku akan withdraw my money from ASB to buy the insurance.
Lah, kena bebel ya sebab dia kata aku kena asingkan duit insuran kereta, jangan usik ASB!
Tak pe lah, ini baru tahun pertama aku bayar kereta. Plus, kerja pun baru. Lepas ni aku akan asingkan duit insuran kereta.
Tapi itulah, duit aku, ikut suka akulah! Haha!
Anyway, aku tengok harga insuran kereta aku termasuk windscreen dan extreme weather like flood tu berjumlah RM1150. Gulp.
Baru nak beli kasut baru, dah terpaksa tunda. Stres!
Okay, berbalik semula kepada kerinduan aku kepada kehidupan selesa masa yang lalu, well, itu adalah perasaan dan normallah.
Tapi, aku lagi suka dengan kehidupan dan kemajuan yang aku lakukan sekarang.
Serba serbi maju.
Dah pandai bawak kereta, bergaul dengan orang baru, cara pembawakan, bercakap dan berfikir pun lain ya!
Abang dan kawan-kawan yang terdekat pun sedar akan perubahan ini.
Well, this was what I wanted!
Aku rasa aku dah banyak capai azam aku tahun ni. Cumanya, aku clueless tentang tahun 2026.
Aku fikir nak kahwin, nak climbing the corporate ladder, nak jadi surirumah, nak pindah rumah, eh peninglah!
Tak semena-mena, aku rasa stagnant. Nak capai apa ni?
Waktu-waktu yang merunsingkan kepala aku inilah waktu yang paling sesuai untuk aku menulis, haha.
Waktu aku perah otak ingat balik post-post psikologi yang aku saved and read on socmed.
Yang aku ingat, waktu tengah stuck, engkau tanya diri engkau, “what is the right thing to do now?”
Dari situ engkau nampak sikit laluan yang engkau perlu fokus.
Kalau engkau tanya aku, apa yang aku nak fokus untuk tahun hadapan, adalah, takkan nak bagitau pulak!
Anyway, aku teringat satu poster aku baca kat media sosial tapi aku tak ingatlah daripada siapa. Poster ini bertemakan ‘progress’ atau aku terjemahkan sebagai kemajuan.
Kemajuan ni bukan straight line, ianya berliku-liku. Sebab itulah ada masa kita rasa we are making absolutely 100% progress, then, the next day, we feel like we are stagnant.
Aku percaya yang kemajuan yang sebenar ialah jalan terus meskipun ada masa kaujatuh dalam lubang yang ada air berlecak, tapi kauangkat kaki dan teruskan juga dalam keadaan kaki dan seluar kaubersalut lumut.
Lagi sadis, walaupun kaudah cuba dan yakin 100% kau mampu elak lubang tu.
Sometimes, there’s divine power that you cannot hinder, no matter how meticulous and seemingly perfect your plan is. Maksud aku, Tuhanlah. Ini benda yang engkau tak boleh kawal.
Sebagai orang muslim yang percaya kepada kalam Allah SWT, Dia adalah sebaik-baik Perancang, dan apa yang diturunkan kepada engkau bukan untuk menganiaya engkau tapi untuk memberi hikmah, pahala dan pengajaran. Barulah engkau jadi lagi power, haha!
Yang paling penting, apa yang kau boleh kawal? Effort engkau. Baru tawakal. Pastu jangan pula engkau fikir Tuhan asyik nak uji engkau dengan benda buruk, sebab Dia pun ada sifat Maha Pemurah, Mengasihani, Kaya dan Memberi Rezeki. Tahulah Dia nikmat dan cabaran apa yang setimpal dengan kemampuan engkau.
Okay done writing up an entry. Ngantuk. Bye!



Leave a comment