Random Thoughts

Random Thoughts

Sebulan dua ni kehidupan aku berubah 360 darjah. Semuanya sebab kerja aku yang baru ni.

Rutin pergi balik kerja yang baru, menaiki pengangkutan awam yang selalu ada masalah teknikal (yes KTM, I’m referring to you), bersesak dalam tren macam ikan sardin dalam tin, bekerja dalam persekitaran yang banyak peraturan, kompetitif dan serba nak cepat serta skop kerja yang tak pernah aku buat dan ketahui kewujudannya.

Perenggan atas ni cukup buat aku stres membayangkannya; apatah lagi aku juga yang memikulnya. Phew.

“Look out on the positive things even in the most stressful event” — orang selalu cakap. Aku tak nafikan aku buat benda ni. Walau aku dalam situasi yang menekan, aku cuba cari hikmah. Sesuatu yang boleh buat aku rasa lega, bersyukur dan waras — Ianya waktu aku dengan Tuhan.

Sebelum ni, aku tak pernah terkejar-kejar nak solat. Aku ada banyak masa dan kelonggaran untuk solat bila-bila masa aku nak. Tapi, untuk kerja kali ni, ianya lain. Waktu kat sini sangat mahal dan ianya sesuatu yang amat bagus dan cara kerja yang aku kagumi. If I had a company, I would apply the same thing.

Disebabkan keluar masuk kerja kat sini ketat, maka waktu-waktu solat perlu diatur dengan baik. Dalam kebanyakan masa, aku memang terkejar-kejar. Pada waktu inilah, aku sedar betapa aku perlu bersyukur apabila sebelum ini aku ada banyak masa terluang untuk solat dan baca al-Quran. Sekarang aku tak dapat dah masa-masa yang macam tu.

Aku juga sedar yang betapa aku perlu khusyu’ dan lagi tekun untuk solat. Sebab ini satu-satunya masa untuk aku bersujud dan berkomunikasi secara terus dengan Dia. Selesai sahaja beri salam, aku terus bergegas masuk ke bilik operasi. Tak ada masa dah nak baring-baring betulkan urat atau nak lenggang kangkung masuk ke bilik operasi. Dalam otak aku “omg, I have hundreds of cases to be labelled!” 😭

Aku berdoa dan berharap, walau kat mana pun Tuhan tempatkan aku, aku takkan sesekali sengaja tinggalkan solat hanya kerana untuk urusan kerja. Amin yarobbal alamin.

Kerja, duit, nyawa dan masa — semuanya milik Tuhan. Sangat malu dan menyedihkan kalau aku tak dapat tunaikan kewajipan aku sebagai hamba walhal semua benda milik Pencipta. Like, I own nothing in this world. Betul tak?

Leave a comment

Saya Cik Mas

Selamat datang ke blog saya; satu sudut yang selamat dan selesa untuk saya berkongsi buah fikiran dan pengalaman hidup kepada anda semua. Saya gemar berkongsi topik kesihatan mental, perhubungan, produktiviti dan perkembangan diri. Semoga perkongsian saya membantu anda untuk hidup dengan lebih baik dan berkualiti.

Mari berhubung