Pertama Kali Beli Kereta Saga? Ini Soalan – Soalan Penting Yang Anda Mesti Tanya Ejen Jualan Dan Pegawai Bank!

Bukan sahaja pertama kali beli kereta, bawa kereta pun saya tak tak mahir lagi! Orang-orang macam saya ini selalunya tak tahu nak tanya apa kepada ejen jualan dan pegawai bank. Jangan runsing mahupun pening, saya di sini akan menjimatkan masa dan menghapuskan kerunsingan anda. Ini soalan-soalan penting yang anda mesti tanya bila pertama kali beli kereta Saga!

Ada 11 soalan yang anda wajib tanya kepada even jualan Proton.

  1. Kereta lama atau baharu?
  2. Masih ada waranti atau tidak?
  3. Adakah kereta ini disertakan dengan insurans auto life?
  4. Adakah caj upah untuk servis disediakan secara percuma? Jika ya, dalam jangka masa berapa tahun?
  5. Apa barang percuma yang disediakan dengan pembelian kereta ini?
  6. Apa yang dilindungi insurans tahun pertama?
  7. Adakah cermin kereta termasuk perkara yang dilindungi insurans? Jika ya, berapa ratus dan cermin yang mana?
  8. Adakah hanya pemandu yang dilindungi insurans?
  9. Berapa jumlah perlindungan insurans?
  10. Adakah servis kereta tunda disedikan? Jika ya, berapa kilometer dan adakah ianya percuma?
  11. Adakah insurans ini termasuk perlindungan seperti peril khas; bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, ribut, pokok tumbang dan lain-lain?


Ada 8 soalan yang anda wajib tanya kepada orang bank.

  1. Adakah kadar faedah rata atau berubah-rubah?
  2. Berapa lama tempoh pinjaman? 
  3. Berapa kadar faedah yang dikenakan?
  4. Berapa jumlah faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman?
  5. Bila kena bayar bayaran bulanan?
  6. Berapa caj yang dikenakan jika saya lewat bayar?
  7. Berapa lama tempoh maksimum kelewatan pembayaran sebelum kereta ditarik?
  8. Berapa diskaun yang diberikan jika saya dapat selesaikan hutang lebih awal daripada tempoh pinjaman?

Semoga soalan-soalan ini membantu anda untuk membeli kereta Saga pertama anda! Percayalah, ianya sangat membantu untuk anda faham perjanjian sewa beli. Tidaklah anda terpinga-pinga di kemudian hari. Ada soalan-soalan lain yang anda nak kongsi? Komen di bawah.

Leave a comment

Saya Cik Mas

Selamat datang ke blog saya; satu sudut yang selamat dan selesa untuk saya berkongsi buah fikiran dan pengalaman hidup kepada anda semua. Saya gemar berkongsi topik kesihatan mental, perhubungan, produktiviti dan perkembangan diri. Semoga perkongsian saya membantu anda untuk hidup dengan lebih baik dan berkualiti.

Mari berhubung